Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat susah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat payah,
Kadang-kadang aku merasa hidup ini amat perit,
Dugaan kehidupan bersilih ganti...
Kadangkala hidup ini membuat aku menangis.... .
Dengan segala yang terjadi....
Untuk apa ???
Menyesali...
Kadang-kadang kita terpaksa menjadi susah,
Supaya kita belajar menjadi tabah..
Kadang-kadang kita terpaksa jatuh,
Hanya untuk menjadi kuat..
Kadang-kadang kita terpaksa berduka,
Untuk mengenal erti gembira...
Kadang-kadang kita terpaksa merasa sunyi,
Supaya diri lebih menghayati...
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup,
Hanya kerana rasa benci pada diri sendiri..
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup,
Kerana aku tidak tahu apa yg aku cari..
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup,
Kerana aku amat keliru..
Kadang-kadang aku terasa hendak berhenti hidup,
Kerana aku tidak tahu mensyukuri...
Ya Allah Ya Tuhan ku,
Jika kepayahan ini dugaan Mu,
Jadikanlah hambamu ini lebih tabah,
Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika kesedihan ini untuk menguji imanku,
Jadikanlah aku lebih mensyukuri nikmat mu....

0 ulasan:

Catat Ulasan