Bila dia kata aku suka kamu,
aku juga kata ya aku suka kamu juga tetapi sebagai sahabat.
Beri masa tali persahabatan ini terjalin.
Bila dia kata aku rindu kamu,
aku kata rindu perlu antara sahabat
kerana rindu akan memastikan kamu sentiasa ingat pada aku..
Bila dia kata aku sayang kamu,
aku kata sepertimana aku menyayangi persahabatan kita
perasaan sayang itu memang akan sentiasa kita rasai
di kalangan sahabat-sahabat sejati.
Bila dia kata aku cinta kamu,
aku kata cinta itu terlalu meluas maksudnya.
Selamilah dahulu makna cinta yang sebenarnya
sebelum kita bercakap lebih lanjut lagi akan perkataan ini.
Kemudian dia tidak pernah mengatakan apa-apa lagi pada aku..
Dia masih sering aku temui, masih menjadi sahabat aku yang paling sejati, masih lagi berseri wajahnya dengan senyuman dan tawa...
Tetapi pada suatu hari dia hulurkan sepucuk nota kepada aku
dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi...
Sehingga kini aku tidak pernah melihatnya lagi.
“Aku tahu kau mencintai aku tetapi kenapa kau tidak buktikannya dengan mendekati aku lebih mesra lagi? Kenapa semakin kau mencintai aku semakin kau menjauhkan diri daripada aku?
Dia mencintai aku dan setiap masa yang ada dia pasti akan cuba mendekati aku, cuba untuk bersama dengan aku di mana saja aku berada.
Tapi kau, semakin aku cuba mendekati diri mu
semakin jauh kau tinggalkan aku..
Kenapa? Aku sudah letih dari terus cuba untuk mengenali dan memahami dirimu. Mungkin memang kau ditakdirkan bukan untuk aku…
”Begitulah kata-kata akhir dari dia dan aku telah kehilangan sesuatu yang begitu aku inginkan sebenarnya.
Aku sendiri tidak memahami kenapa aku bertindak sedemikian
tapi apa yg ku tahu..apabila ku menjauh aku mula merasakan cinta...
***Ini bukan memiliki...bukan jua kehilangan...
tapi bila tiada,
aku merasakan kewujudannya...~

0 ulasan:

Catat Ulasan