Kutelahi lakaran tuturmu
yang terpapar di kanvas sopan
adalah siraman air rindu
yang mengalir ke muara...
Sayang...
Kutahu di sebalik pelangi hatimu,
Terlakar potret cinta,
Yang kau sembunyikan di celah-celah kelopak ragu,
Yang masih membeku dan padu..
Ku menanti mentari jujurmu,
Memancarkan cahaya kasih,
Setelah kulabuhkan ceritera cinta..
Laila Majnun dan Shah Jehan masih setia,
Tapi bibirmu masih dibelenggu malu..
Usah lagi kau melipat helah,
Kerana aku dapat membaca hatimu,
Yang sarat perlu dan mahu,
Untuk ku takhtai satu persatu..
Ku pasti manik-manik iman,
Yang tertanam di sanubari,
Akan mengkalungkan sebuah takdir,
Yang akan merungkai segala kusutan,
Yang melanda dihatimu..
"Kenapa ni, monyok aje ni, sakit ke?" Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.
"Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku", Ain menangis teresak-esak.
"Kenapa?" Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esakannya.
"Kami, kami, kami dah putus", raung Ain.
Episod di atas mungkin sesuatu yang amat biasa kita temui. Bercinta dan merana, kecewa dan dalam sesetengah kes "frust menonggeng" hingga hilang arah tujuan. Malah di Malaysia sendiri, ruang hiburan dikuasai oleh lagu-lagu cinta remaja. Namun, apa yang ingin disentuh di sini bukanlah kisah cinta Uda dan Dara, Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun.
Perlu diketahui bahawa cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.
Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.
Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.
Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan Dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah. Namun, perasaan ini haruslah dijaga...
"You must be the master of your feelings, don't let your feelings be the master of you"...
Agak menyedihkan kerana ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah.
Bak kata orang tua-tua:
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih kulurutkan,Buang emak, buang saudara, kerana kekasih kuturutkan...
.....Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya.....Di sini, ingin saya buka lipatan sejarah, menyingkap kisah cinta yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci.
Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf (AS) dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja. Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin.
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu."(surah Al-Maida: 3)
Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya.
Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf (AS). Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata.
Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!!
Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian.....
Sewaktu Boy dan Girl di awal alam percintaan, Boy melipat 1000 burung kertas buat Girl dan menggantungkannya di dalam bilik Girl. Boy mengatakan, 1000 burung kertas itu menandakan 1000 ketulusan hatinya.Girl dan Boy berasakan setiap detik percintaan mereka begitu indah sekali.
Tetapi entah kenapa, di suatu hari, Girl mulai menjauhi Boy. Girl memutuskan untuk berkahwin dengan seorang lelaki kaya dan berhijrah ke Perancis serta menetap di kota Paris tempat impiannnya selama ini.Sewaktu Girl mahu memutuskan hubungannya dengan Boy, Girl memberitahu Boy, “Kita harus melihat dunia ini dari sudut yang matang. Perkahwinan bagi wanita adalah kehidupan kedua kalinya! Aku harus memegang kesempatan ini dengan baik. Kamu terlalu miskin, aku tidak sanggup membayangkan bagaimana kehidupan kita setelah berkahwin !”
Setelah Girl pergi ke Perancis, Boy bekerja keras bagi membuktikan dia juga boleh berjaya. Boy melakukan banyak kerja. Dia pernah menjual buku, menjadi karyawan sementara dan berniaga kecil-kecilan. Setiap pekerjaannya dilakukan dengan tekun dan hati yang cekal.Selang beberapa tahun…Berkat usahanya tanpa henti dan dorongan teman-teman, akhirnya Boy berjaya memiliki sebuah syarikat berjaya. Dia sudah menjadi seorang lelaki yang kaya, tetapi hatinya masih teringat-ingat pada Girl. Boy masih tidak dapat melupakan gadis yang pernah bertapak di hatinya.
Di suatu hari, waktu hujan turun, Boy dari keretanya melihat sepasang suami isteri tua berjalan perlahan di hadapannya. Dia amat mengenali mereka. Mereka adalah orang tua Girl !Hati Boy berdetik. Dia ingin mereka lihat bahawa dia sekarang tidak hanya mempunyai kereta sendiri, tetapi juga mempunyai sebuah villa indah dan syarikat sendiri. Boy ingin mereka tahu bahawa dia bukan seorang yang miskin lagi tetapi kini adalah seorang majikan kaya. Boy memandu keretanya perlahan sambil mengikuti kedua orang tua tersebut.
Hujan terus turun, tanpa henti, biarpun kedua org tua itu memakai payung, tetapi badan mereka tetap basah kerana hujan.Sewaktu mereka sampai ke destinasi, Boy tercengang melihat apa yang ada di depan matanya. Ia adalah sebuah tanah perkuburan. Boy mengikuti orang tua Girl. Mereka berdiri di hadapan sebuah kubur. Boy melihat tulisan di atas batu nisan terpahat nama Girl yang dirinduinya.Di samping kuburnya yang kecil, tergantung burung-burung kertas yang pernah dibuatkan Boy, dalam hujan burung-burung kertas itu kelihatan begitu hidup.Orang tua Girl memandang Boy lalu memberitahu,
“Girl tidak pergi ke Paris, Girl diserang barah. Girl telah pergi ke syurga. Girl ingin Boy menjadi seorang yang berjaya dan mempunyai keluarga yang harmoni. Maka Girl terpaksa berbohong kepada Boy dahulu. Girl ada menyatakan yang dia sangat menyintai Boy, dia percaya kalau Boy berusaha, pasti akan berjaya. Girl turut mengatakan, jika suatu hari nanti Boy datang ke kuburnya, dia amat berharap supaya Boy membawakan beberapa burung kertas buatnya lagi. “Boy lalu berlutut, berlutut di depan kubur Girl, menangis semahu-mahunya dengan begitu sedih sekali.Hujan pada hari itu terasa tidak akan berhenti, membasahi sekujur tubuh Boy. Boy teringat senyuman Girl yang begitu manis dan tulus. Mengingati semua itu, hatinya mula menitiskan darah.Sewaktu orang tua Girl melangkah pulang dari tanah perkuburan, mereka melihat Boy sudah membukakan pintu keretanya untuk mereka. Lagu sedih kedengaran dari dalam kereta tersebut.
“Hatiku tidak pernah menyesal, Semuanya hanya untukmu 1000 burung kertas,1000 ketulusan hatiku,Berterbangan di dalam anginMenginginkan bintang yang lebat bertebaran di langit,Melewati sungai perak,Apakah aku dapat bertemu denganmu kembali?Aku tidak takut berapa pun jauhnya,Hanya aku ingin sekarang terus berlari kepadamuMasa lalu seperti asap, hilang dan tak kan kembali,Menambah kerinduan di hatiku.Bagaimanapun dicari,Jodoh kehidupan ini pasti tidak akan berubah”.
Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang terkadang payah,
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang susah..
Menyusuri susur itu mudah,
Namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah,
Dalam semua ini..
Menjaga istiqamah itu paling susah,
Payah dan lelah..
Namun DIA amat faham,
Bagi hambaNYA..
DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
Hanya perlu untuk melakukan yang terbaik,
Meletakkan sandaran dan keyakinan penuh kepadaNYA,
Lantas nescaya DIA akan menguruskan yang selebihnya..
Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia,
Moga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan penjagaan Allah swt.....
InsyaAllah....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya,
Dan janganlah menganggap ia begitu teguh,
Cukuplah sekadar keperluanmu..
Kerana,
Apabila sekali ia retak,
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula,
Akhirnya ia dibuang..
Sedangkan jika kamu cuba untuk membaikinya,
Mungkin ia masih boleh digunakan lagi,
Begitu juga tatkala kamu memiliki seseorang,
Terimalah seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya,
Dan janganlah kamu menganggap dia terlalu istimewa,
Anggaplah dia manusia biasa..
Apabila sekali dia melakukan kesilapan,
Bukan mudah bagimu untuk menerimanya,
Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya,
Sedangkan jika kamu boleh memaafkannya,
Boleh jadi hubungan kamu,
Akan berterusan hingga ke akhirnya.....
Syukur sungguh di hati ini,
Dikurniakan teman sejati,
Menunjukkan aku jalan dekat pada-NYA,
Tika diri dalam kebuntuan..
Betapa aku menghargai,
Kejujuran yang kau beri,
Mengajarku mengenal erti,
Cinta Hakiki yang abadi..
Tiada yang menjadi impian,
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan,
Yang terbias pada ketulusan,
Sekeping hati seorang insan,
Yang bernama,
Teman sejati...
Terima kasih teman....
kau teman istimewa dalam hatiku
Ingati daku
Seandainya aku lupa pada Tuhan
Diwaktu kelapangan dan kesibukan
Dan juga kesenangan dan kesusahan...
Ingati daku
Zahir dan batinku dengan keislaman
Janganlah aurat ku didedahkan
Semakin singkat tipis dan dijarangkan...
Ingati daku
Hakikat diri ini milik yang Maha Kuasa
Diserahkan jiwa dan raga
Menjadi tumpuan hati buat segala-galanya...
Ingati daku
Untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat sebagai peringatan...
Ingati daku
Untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat seorang yang beriman
Supaya menjadi benteng kukuh dari hasutan syaitan.....
Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,
Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu
lebih bersemangat dalam menempuh kehidupan,
Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,
Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun,
dan kemudian kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya,
kerana dia membuatmu bahagia..
Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya,
Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,
beberapa orang yang salah,
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti,
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,
Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,
mereka yang disakiti hatinya,
mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,
Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka,
Masa depan yang cerah,
sentiasa ada,
jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,
jangan pernah mengucapkan selamat tinggal,
jika kamu masih mahu mencuba,
dengan kesungguhan,
jangan pernah menyerah,
jika kamu masih merasa sanggup,
Waktu kamu lahir,
kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,
jalanilah hidupmu dengan bahagia,
sehingga pada waktu kamu mati,
detik itu kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.....
Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..
“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu.
“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih mengernyih. Sang guru ketawa kecil melihat wajah muridnya yang menyeringai kemasinan. “Sekarang kau ikut aku.” Sang guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.
“Ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau. Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang guru. Si murid mengambil air danau menggunakan tangannya. “Ahh, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangan. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air diatas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin di mulutnya. ”Terasakah masin garam yang kau taburkan tadi?” soal guru.”Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang guru hanya membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas. “Nak, segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.” “Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah diqadar oleh Allah, sesuai utk dirimu. Jumlahnya tetap, begitu-begitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. “Tidak ada satu pun manusia yang bebas dari penderitaan dan masalah.”Si murid terdiam, mendengarkan. “Tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yg dialami itu sangat tergantung dari besarnya hati yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak berasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan hati dalam dadamu itu sebesar danau.”
Jika kamu memancing ikan..
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.. setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja..
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya
mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan.. Berkhasiat..
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal....
Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..
Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa yg serba kekurangan ini..
Adam,mengertilah...
Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...
Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru... ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas... Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....
Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..
Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai HAWA..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...
Adam,mengertilah.....
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang,
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga,
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku,
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata,
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu,
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta,
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis,
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari kata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka,
Umpama kita membuang telinga kita,
Tapi jika kita cuba menutup mata,
Cinta berbuah menjadi airmata,
Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.....
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
( Secret Admire )...
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. “Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
( Adakah ia suatu diskriminasi? )...
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
( Bukan luar biasa )...
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ” “Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
( Redha )...
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.....
"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"
"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"
"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu,
bukan seseorang yang aku mahu"
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"
"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"
"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"
"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"
"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"
"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"
"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"
"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan
Yang Maha Kuasa"
( I MISS YOU )
When you are together with that special someone,
you pretend to ignore that person..
But when that special someone is not around,
you might look around to find them,
At that moment, you are in love...
( I WANT YOU )
Although there is someone else who always makes you laugh,
your eyes and attention might go only to that special someone,
Then, you are in love...
( LOTS OF LOVE )
Although that special someone was supposed to have called you long back,
to let you know of their safe arrival,your phone is quiet..
You are desperately waiting for the call!
At that moment, you are in love...
( I LOVE YOU )
If you are much more excited for one short e-mail from that special someone
than many other long e-mail's,
you are in love...
( ALWAYS FOREVER )
When you find yourself as one who cannot erase all the messages in your answering machine because of one message from that special someone,
you are in love...
( THINKING OF YOU )
When you get a couple of free movie tickets,
you would not hesitate to think of that special someone..
Then, you are in love...
( BE MINE )
You keep telling yourself, "that special someone is just a friend",
but you realize that you can not avoid that person's special attraction..
At that moment, you are in love...

While you are reading this page, if someone appears in your mind,
then u are in love with that person...
Teman...
Diriku selama ini,
Tidak mengangankan,
Dirimu lengkap sempurna,
Seperti Rasullullah kekasih Allah...
Tidakku mimpikan,
Ketampanan dan kekacakan,
Seperti Nabi Yusuf,
Seri wajahnya menambat jiwa,
Menyejuk mata, melapangkan hati...
Tidakku pinta,Kekayaan dan kemewahan,
Seperti Nabi Sulaiman,
Hartanya melimpah,Redha pada Allah...
Itu bukan impianku,Itu bukan khayalanku,
Cuma ku mengharapkan,
Dirimu mampu membimbing,
Membantu dan menyelamatkanku,
Dari api neraka,
Menyala panas membakar...
Teman...
Sinarilah hidupku,
Dengan kasih sayang dan cinta sejati,
Bersamalah kita menuju ke alam bahagia,
Ke syurga idaman kita bersama...
Semoga impian kita akan menjadi kenyataan,
Semoga bahagia menjadi milik kita akhirnya....
Jika kanak-kanak hidup dalam kritikan,
mereka akan belajar mengutuk.
Jika kanak-kanak hidup dalam permusuhan,
mereka akan belajar bergaduh.
Jika kanak-kanak hidup dalam keaiban,
mereka akan sentiasa berasa bersalah.
Jika kanak-kanak hidup dalam toleransi,
mereka akan belajar menjadi penyabar.
Jika kanak-kanak hidup dengan sanjungan,
mereka akan belajar menghargai.
Jika kanak-kanak hidup dengan saksama,
mereka akan belajar menjadi adil.
Jika kanak hidup dengan kesejahteraan,
mereka akan hidup menjadi setia.
Jika kanak-kanak hidup dengan kebenaran,
mereka akan belajar menghargai diri.
Jika kanak-kanak hidup dengan persahabatan,
mereka akan belajar kasih sayang.....
Seorang wanita umpama
Sekuntum bunga ditaman
Segar mewangi dipelusuk dunia
Setulus kasih sesuci embun...
Lembut wanita kerana tutur katanya
Mesra wanita kerana senyumannya
Cekal wanita kerana beraninya
Patuh wanita kerana setianya Sabar wanita kerana imannya
Kasih wanita kerana belaiannya
Lemah wanita kerana airmatanya
Ikhlas wanita kerana simpatinya
Dendam wanita kerana cemburunya
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Tanpa wanita lelaki lemah
Kerana wanita lelaki kalah...
Iman... rupanya segala harapan dan bayangan di setiap kehadiran warkah putih mu membungakan kenyataan kini. Apakah yang dapat ku perkatakan pada mu selain dari kegembiraan menatap warkah mu itu. Warkah putih mu yang selama ini ku sedari datangnya dari seorang sahabat yang tak pernah bersua.
Apakah sebenarnya yang kau inginkan, Iman ? Dan apakah yang dapat ku berikan pada mu selain dari hati ku yang sepi ini ?
Kita tidak pernah bertemu, tetapi bagaimanakah kau dapat memahami hati ku,
keinginan ku dan kejujuran ku ?

Aku pernah bertanya pada mu, dimanakah akhirnya persahabatan kita ? Baru kini pertanyaan itu terjawab. Tapi Iman, kau belum memahami diri ku sepenuhnya. Begitu juga aku belum memahami hati mu dan perasaan mu.
Begitu pula sukarnya untuk ku berikan jawapannya kini...

Memang benar telahan mu, kita sama2 telah berjaya dan bekerjaya skrg...namun itu tidak beerti aku juga telah berubahh... Kau dan aku masih sama spt dulu..cume bezanya kau dan aku hanya melalui proses kematangan dan kedewasaan.. Kau maupun aku juga tahu..keinginan kite utk berada di puncak yg sama terlalu tinggi.. Dan kite telah sama2 utk melaluinya... Kau masih ingat kann..kite pnh berjanji bahawa kite akan sntiasa bersama utk meneruskan pengajian kite...Dan kerana itu aku membina keazaman, keazaman yang membuat ku sukar memberikan jawapan ku terhadap mu...
Iman...Aku masih tak pasti apakah jawapan yang dapat ku berikan kepada mu. Aku pun kadang-kadang terlalu sukar untuk mengakui kekosongan di hati ku yang ingin kau letakkan hati mu itu. Fahamilah hati ku, Iman Helmi. Kau harus memahami perasaan ku dan betapa sukarnya aku memberikan jawabannya kini kerana kau adalah sahabat ku. Sehingga di kehadiran surat biru ini pun kau masih lagi sahabat ku. Semoga kau akan dapat memahami sedikit hati ku dari puisi yang sempat ku tulis dalam ruang waktu yang sempit ini:
Bila kerinduan membara di hati
Ku selak dan ku baca surat mu dulu
Untuk kedua kalinya
Kaukah di situ sendiri
Mengenang detik-detik silam ?
( Dalam kesayuan hati resah
Tiba-tiba surat mu menyapa
Bersama sebuah kepastian )
Apakah yang dapat ku beri, teman
Dalam surat biru ini
Sedang diri kita
Terpisah oleh warna hidup
Hati dan perasaan kita
Sepi dan gelisah...
Sahabat ku, Iman Helmi... Maaf ku pinta kerana tanpa izin mu menggunakan nama mu dan warkah putih mu dalam bicara ini. Sesungguhnya aku masih menghormati kujujuran dan keikhlasan dari persahabatan ini.
Tidakkah kau terlihat di setiap akhir surat biru ku tercatat...


Ikhlas dari ku,
~iZA@CintaHati~
"Hello !"
"Hello !
Assalamualaikum. Siapa di sana tu ?"
"Aku..."
"Yalah, aku 'tu siapa ?"
"Akulah.
Takkan dah lupa."
"Rizal ?"
"Bukan."
"Aiman, ya ?"
"Bukan."
"Habis, siapa ?
Haikal ?"
"Amboi, ramainya teman lelaki. Takkan dah lupa, di KL minggu lepas."
"Iman Helmi ?... ah, Iman. Buat suspen saja. Mengapa baru sekarang hubungi aku ?"
"Sibuk dengan kuliah dan tutorial."
"Apa ?" "Nantilah, aku ceritakan bila kita bertemu nanti. Semalam aku cuba hubungi kau, tapi tak dapat. Engage."
"Mengapa baru semalam ?" "Baru semalam terasa rindu." Jawab ku dengan nada bergurau, walaupun hati ku sendiri mengakui kebenarannya.
"Ah, kau ni. Cakap tak pernah serius."
"Takkan nak merajuk lagi. Kita jumpa hari minggu ni, ya ? Aku belanja kau makan. Eh, engkau sepatutnya belanja aku."
"Macamana ni ? Aku dah buat janji. Tak mengapalah, aku batalkan janji ku. Tapi kau belanja aku, ok ?" "Ok. Kita jumpa di tempat dulu. Pagi minggu.
Bye."
"Bye..."
Dua hari lamanya sebelum pertemuan yang dijanjikan itu. Terasa amat lama. Tapi kesibukan kuliah dan persediaan-persediaan bagi menghadapi peperiksaan semester pertama melupakannya seketika dari ingatan ku...
Malam minggu itu hati ku menjadi bernar-benar tidak tenteram. Terlalu banyak yang ku fikirkan tentang dirinya, Dia telah banyak berubah walaupun sikapnya masih seperti dulu. Kenakalannya dan sifat keanak-anakannya bila berbicara dengan ku masih ketara. Tujuh tahun bukanlah suatu waktu yang singkat. Kemunculannya secara tiba-tiba dalam hidupku sungguh di luar jangkaan ku...
Rupanya aku terlalu awal tiba di tempat yang dijanjikan. Hampir satu jam aku menantinya. Dan tanpa ku sedari dia menegur di belakang ku.
"Dah lama tunggu. Berpeluh-peluh. Dah berapa lama kau berdiri di sini ?" Sambil mengeluarkan tisu dari tas tangan dan menghulurkan kepada ku. "Tak lama. " Kata ku sedangkan hati ku mengeluh sendirian.
"Maafkan aku kerana terlambat."
"Kau dah banyak berubah. Hari itu lain. Sekarang ni dah lain pula." Kata ku memerhatikan perubahan dirinya.
"Maksud kau, penampilanku ? itu kan perkara biasa...
Ke mana kita?"Manalah aku tahu. Aku tak biasa di sini. Kau saja yang tunjukkan jalan."
"Mana boleh. Kau yang ajak aku keluar." Dia menoleh pada ku. Mungkin dia menyedari perubahan di wajah ku. Lalu dia terus menyambung,
"Baiklah. Kita minum dulu. Lepas ni kita menonton... atau kita ke taman astakona kita...Aku dah lama tak ke situ...
Tidak seperti yang ku harapkan dari pertemuan itu. Terlalu sukar bagi ku berbual seperti biasa. Aku agak gugup. Mungkin disebabkan perpisahan yang lama itu. Atau barangkali disebabkan kedewasaan yang datang ini. Tapi dia seolah-olah seperti biasa saja, seperti tidak pernah berpisah dengan ku, seperti tujuh tahun dulu. Seharian aku cuba menyungkil rahsianya. Tetapi nampaknya aku yang lebih banyak bercerita tentang diri ku sehinggalah ke saat akhir pertemuan itu.
"Aku tak sangka kau akan berjaya ke universiti."
"Aku pun tak sangka kita boleh bertemu di sini, Iza...
"Bukan kita yang menentukan."
"Aku tahu."
"Kau tak mahu ke rumah ku, Iman?"
"Nantilah. Esok ada kuliah. Malam ini aku mesti siapkan esei aku. Hari pun dah lewat petang." "Bila pula kau hendak ke rumah ku ?"
"Cuti nanti." "Kita jumpa lagi, nanti ?"
"Tak ada peluang kecuali lepas peperiksaan akhir semester pertama ini."
"Baiklah. Aku pulang dulu."
"Hati-hati di jalanan."
"Kau juga."
Satu-satunya yang masih dapat ku rasakan ialah perhatiannya terhadap ku tidak pernah berubah walaupun aku sedikit ragu. Perhatian itu menjadikan aku lebih terikat padanya.Hari-hari yang ku lalui menjadi lebih bermakna. Aku mula menyedari bahawa diri ku tidak lagi sendirian di dunia ini...
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan...
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi...
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi...
Ku gelusuri segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati...
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…
namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta…
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.....